TEKAN PLAY UNTUK MENDENGAR RADIO SINAR.FM

Info Guru Bertugas Mingguan Tahun 2011

 
Sila pilih minggu :
Tarikh Bertugas :
Guru Bertugas 1 :
Guru Bertugas 2 :
GuruBertugas 3:
Tema Mingguan :
   

28 November 2008

Robot bergerak berasaskan sistem mikro pengawal 8051



Robot bergerak telah digunakan secara meluas sama ada di dalam sektor industri, kajian angkasa lepas dan bidang ketenteraan. Dalam sektor industri, ia selalu digunakan untuk membawa material/produk dari satu sektor ke sektor yang lain di dalam sebuah kilang. Manakala, dalam kajian angkasa lepas pula, ia digunakan bagi menggantikan manusia ke planet-planet yang jaraknya jauh dari bumi. Robot angkasa lepas ini, akan mengambil gambar, sampel tanah, udara dan galian yang terdapat di planet tersebut.

Sementara di bidang ketenteraan, ia digunakan untuk mengesan dan mematikan periuk api yang ditanam oleh musuh. Jadi, robot bergerak mampu menggantikan manusia dalam tugas yang berisiko tinggi.


“Dalam projek penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar tahun akhir ini, satu robot bergerak yang cerdik telah dibina berasaskan sistem mikro pengawal 8051 yang digunakan untuk mengawal arah dan kelajuan pergerakan robot,” kata Pengerusi Rancangan Kejuruteraan Komputer, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Dr. Mohd Noh Karsiti.


Walau bagaimanapun katanya, robot ini tidaklah secerdik robot-robot yang terlibat dalam sektor industri, ketenteraan atau angkasa lepas.


“Ini kerana, ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan akan mengambil masa yang lama untuk membina robot yang lebih canggih. Namun, prinsip-prinsip asas untuk membinanya adalah seperti membina robot-robot yang terdapat di pasaran,” kata beliau lagi.


Menurut Dr. Mohd Noh lagi, robot yang dibina mampu bergerak sendiri tanpa kawalan manusia.
“Ia berupaya mengesan halangan yang berada di sepanjang laluannya dan akan memilih laluan alternatif supaya tidak melanggar halangan tersebut.


“Kelajuan pergerakannya boleh ditentukan oleh pengguna sebelum menjalankan robot tersebut,” katanya.


Bagi memastikan robot bergerak dapat dibina, beberapa modul telah digunakan. Modul-modul tersebut ialah modul pengesan hentaman, modul pengesan ultrasonik, modul mikro pengawal 8051 dan modul pengawal kelajuan motor servo.

Modul pengesan ultrasonik pula bertugas memeriksa laluan robot dan jika terdapat halangan, isyarat akan dihantar kepada modul mikro pengawal.

“Terdapat empat pasang pengesan ultrasonik yang digunakan untuk mengesan objek-objek halangan dari bahagian depan, kiri, kanan dan belakang robot,” kata Dr. Mohd Noh.


Sementara itu, modul pengesan hentaman pula akan mengawasi segala perlanggaran dengan penghalang yang mungkin berlaku.


Menurut Dr. Mohd Noh, walaupun robot dilengkapi dengan pengesan ultrasonik, halangan yang wujud pada sudut-sudut tertentu tidak dapat dikesan oleh pengesan tersebut. Oleh itu, jika robot terlanggar sesuatu penghalang, modul pengesan hentaman akan menghantar satu sampukan kepada mikro pengawal untuk mengelakkan robot dari mengalami perlanggaran yang berterusan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
.
.



robotik @ sk jitra 2008

Back to TOP