TEKAN PLAY UNTUK MENDENGAR RADIO SINAR.FM

Info Guru Bertugas Mingguan Tahun 2011

 
Sila pilih minggu :
Tarikh Bertugas :
Guru Bertugas 1 :
Guru Bertugas 2 :
GuruBertugas 3:
Tema Mingguan :
   

Showing posts with label skj. Show all posts
Showing posts with label skj. Show all posts

16 February 2011

Lagu Rasmi SK Jitra


Read More...

24 November 2010

Flying Fox Hari Kokurikulum

B
ertempat di perkarangan sekolah pada 10/11/2010 yang lalu.. Meriah...

Read More...

21 November 2010

Keceriaan UPSR 2010

T
ahniah diucapkan kepada semua murid-murid SK Jitra yang berjaya menggapai kejayaan yang penuh cemerlang dan gemilang ini.










Read More...

SK Jitra Digenangi Banjir

T
arikh 4 November 2010








Read More...

24 May 2010

Tapak Perhimpunan Mingguan Sejak 1906

T
apak perhimpunan mingguan yang digunakan sejak 1906 sehingga tahun 2003. semua murid dan guru SK Jitra beratur dan berhimpun di sini berbumbungkan panas matahari pagi. kenapa tidak ada waris/ibubapa yang bising dan dan menghantar surat layang ( kerana tiada lagi kemudahan email dan internet ketika itu )menghamun pihak sekolah kerana membiarkan anak-anak mereka berdiri di atas tar dan di bawah panahan matahari pagi?








Read More...

10 January 2010

Sejarah SK Jitra

S
ekolah Kebangsaan Jitra telah mula didirikan pada tahun 1906 Masihi dengan nama Sekolah Melayu Jitra. Sebelum terdirinya sebuah bangunan yang dibina dengan bantuan Pejabat Pelajaran Kedah pada tahun 1906, penduduk sekitar Jitra telah menghantar anak-anak mereka secara sendirian untuk diajar di bahagian bawah rumah En.Yaakub di Tanjung Pauh iaitu sebuah kampung yang berdekatan dengan Jitra. En.Yaakub merupakan seorang tokoh pendidik tempatan. Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar semasa sesi persekolahan diadakan di rumahnya.

Akibat daripada pertambahan murid, maka Encik Yaakub dengan bantuan penduduk setempat telah bergotong-royong mendirikan sebuah bangunan kayu di Kampung Tanjung Pauh.

Keadaan bangunan binaan penduduk kampung ini lebih selesa daripada belajar di bawah rumah. Namun begitu tiang bangunan ini hanyalah diperbuat dari kayu-kayu bulat sahaja. Dindingnya dari buluh manakala bumbungnya beratapkan rumbia. Bangunan ini cuma berlantaikan tanah. Peralatan kerusi dan meja pula diperbuat daripada kayu-kayu bulat.


Menjelang tahun 1905, bangunan binaan kayu penduduk kampung ini telah tidak dapat lagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah ramai. Masyarakat di Jitra ketika itu telah mulai sedar tentang kepentingan pelajaran terhadap anak-anak mereka.

Dengan usaha En.Yaakub bersama beberapa orang penduduk kampung, mereka telah memohon kepada Pejabat Pelajaran Kedah agar dapat menangani masalah ini. Akhirnya pihak Pejabat Pelajaran Kedah telah bersetuju dan membina sebuah bangunan sekolah di atas tanah seluas 5 relung di Pekan Jitra pada tahun 1906. Tapak bangunan tersebut masih lagi kekal dan dijadikan asas Sekolah Kebangsaan Jitra sehingga kini.

Read More...

Related Posts with Thumbnails
.
.



robotik @ sk jitra 2008

Back to TOP