J
ITRA 23 Dis. – Sambutan ulang tahun kedua perkahwinan pasangan suami isteri ini tidak seperti pasangan lain.
Nahas itu yang melibatkan lima buah kenderaan menyebabkan tiga beranak mati serta-merta sementara seorang lagi cedera parah.Pasangan itu dan bayi perempuan mereka yang baru berusia sembilan bulan, menemui ajal setelah sebuah lori tanah terbabas lalu menyeret kereta Proton Wira dinaiki tiga beranak itu sejauh 20 meter.
Kemalangan ngeri membabitkan lima buah kenderaan itu berlaku di persimpangan tiga lampu isyarat Jalan Jitra-Kodiang di sini kira-kira pukul 5 petang ini.
Pasangan yang terbunuh itu ialah Benyamin Yaakub, 30, warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap dan Normah Md. Isa, 28. Bayi mereka yang dikenali sebagai Ilnur Balkis turut terkorban.
Kereta Wira yang dipandu oleh Benyamin ketika itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.
Kesemua mangsa tersepit dalam kereta mereka yang remuk teruk. Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan mayat tiga beranak itu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Haminuddin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanah yang datang dari arah bulatan Hospital Jitra menghala ke pekan Jitra itu mengalami masalah brek.
Lori itu kemudian dikatakan bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira sebelum memasuki laluan bertentangan.
Berikutan itu, katanya, pemandu lori tersebut cuba mengelak daripada merempuh sebuah pondok polis di tepi jalan yang ketika itu terdapat ramai orang.
Kenderaan berat tersebut merempuh kereta yang dinaiki tiga beranak itu dan sebuah kereta Naza Sutera yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Kedua-dua kereta tersebut berhenti di persimpangan dari arah Kodiang menghala ke Jitra.
‘‘Rempuhan itu mengakibatkan kereta Naza Sutera yang dinaiki sepasang suami isteri terbabas sejauh 10 meter manakala kereta Proton Wira itu pula diseret sejauh 20 meter sebelum berhenti setelah merempuh kedai makan yang terletak di tingkat bawah Plaza Mara Jitra.
‘‘Ketika sedang mengheret kereta Wira itu, lori tersebut melanggar sebuah Perodua Kancil yang memasuki Jalan Kodiang. Bagaimanapun, kereta terbabit hanya mengalami kerosakan kecil,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut Sawaluddin, pemandu kereta Naza Sutera terbabit, Othman Bakar, 50, mengalami kecederaan parah serta tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah sementara isterinya yang berusia 49 tahun cedera ringan.
Katanya, pemandu lori berusia 34 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan kini ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat ketiga-tiga beranak itu dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh waris mereka.
Sementara itu, ibu Normah, Siti Bedah Husin, 48, memberitahu, hari ini genap dua tahun anaknya itu dan Benyamin melangsungkan perkahwinan.
Dia yang masih bersedih dengan kejadian itu tidak dapat menahan sebak apabila melihat dua batang gigi cucunya ketika melawat jenazah mereka di bilik mayat hospital.
Beliau memberitahu, anaknya tinggal di Cherating, Kuantan, Pahang dan pulang bercuti di Permatang Bongor, Air Hitam di sini beberapa hari lalu.
Katanya, ketika kejadian, menantunya yang merupakan seorang pemborong mahu menghantar kain di pekan Jitra selain keluar makan bersama isteri dan anaknya.
Catatan Membelah Awan 3.0
-
*Mungkin saja ceriteranya sudah berlalu…*
Episod sebelumnya...
Catatan Membelah Awan
Catatan Membelah Awan 2.0
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian ...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment