TEKAN PLAY UNTUK MENDENGAR RADIO SINAR.FM

Info Guru Bertugas Mingguan Tahun 2011

 
Sila pilih minggu :
Tarikh Bertugas :
Guru Bertugas 1 :
Guru Bertugas 2 :
GuruBertugas 3:
Tema Mingguan :
   

23 November 2009

Pengalaman kete rosak.

B
aru selesai jadi skuad penyelamat. Ponek lum hilang lagi. Terus catat dalam blog. Macam tak caye plak wa dah jadi penulis diari. Hahahaha.

Dulu, mase sekolah rendah, wa selalu kutuk abanghensem. Dia dulu ada diari beb. Buku biodata. Selalu passing kat student pompoan suh tulis biodata. Siap kaler2 tu beb. Wahahahaha.

"Kenanglah daku dalam doamu."

Wakakakakaka. Camtu la antara tulisan dalam buku biodata abanghensem oleh bebudak pompan. Warrghhhh hahahahaha.

Ok2... dah melalut plak. Wa terima kol tadi. Member wa. Nombor public phone.

"Wa takder duit ni. Public phone. Kete wa rosak kat Ulu Bendul. Bawah sikit dari Ulu Bendul. Kat restoran. Tolong wa..."

Tut tut tut..

Terus putus beb. Ekeleee...

Wa cam suara siapa. Takder duit? Public phone? Takder syiling la nih. Suara macam member wa si Wan.

Wa pun sms adik si Wan, cakap kejap lagi wa datang ambik, kete abang dia rosak. Dia cakap ok.

Kena lalu Bukit Putus ni beb. Pukul 12 malam dah ni. Mase zaman jahiliyah dulu, member wa pernah kena kejar dengan orang tua naik basikal beb. Mase tu dia nak buang body RxZ curi. Kena kejar beb. Cane laju la ambil coner kat Bukit Putus tu, org tua tu tetap saing sebelah lu. Dia la, wa takder pengalaman.

Lepas wa ambik adik member wa tu, wa terus menuju Bukit Putus. gelap wooo... hutan simpan ma. Setelah bertukar menjadi Karamjit Sigh, wa selamat melepasi Bukit Putus. Bawak slow. Mana kete member wa ni?


Pendek cerita, wa jumpa. Satria silver. Member wa lambai2. Bebudak kampung lepak kat restoran tu usha kitorang. Ni bebudak kampung ahmad_garang la nih. Hahahaha.

Kete semput2 beb. Macam 3 piston jer jalan. Jalan mmg boleh jalan. Tapi nak daki Bukit Putus tu memang tak lepas.

"Tak lepas ni wan. Tinggi bukit kat 'tengkolok' tu."

"Takper, lepas kot. Lepas tu dah turun bukit dah."

Memandangkan wa tak tahu apa pasal engine kete, wa angguk jer la. Adik member wa bawak Satria, abang dia dok sebelah. Wa follow dari belakang. Pasang double signal.

Memang slow beb. Gear satu ma. Sampai kat bukit tengkolok tu, kete dah takleh gerak dah. Memang takleh panjat ma. Wa dah cakap. Gelap ni wooo... jangan orangtua naik basikal tu buat kelakar dah. Le tour de Langkawi dah lepas dah ni. Jgn nak memandai2 lalu depan kitorang pulak. Kalau orgtua tu muncul, wa jual nama Haron Din jer beb. Tak kira wa. Wa cakap jer Haron Din pakcik wa.

Ada 2 solution. Tarik atau patah balik.

a. Kalau tarik, rantai takda. Terpaksa potong seat belt buat tali.

b. Patah balik, park kereta rumah member wa. Si ahmad_garang. Kena kol dia dulu. Dia dok Nilai. Menyusahkan mak mertua dia plak.

Last2, potong seat belt. Kete wa tarik satria. Masalahnya, si 2 beradik ni wat hal. Tak nak sorang2 drive satria. Penyudahnya diorang dok dalam satria, wa sensorang tarik. Berat ma. Kejap2 pandang cermin. Kalau ada penumpang, memang wa lari masuk satria kat belakang tu. Hahahaha.

Tarik punya tarik, alhamdulillah sampai gak kat bahagian menurun. Kitorang berhenti dulu. Nak wat keputusan. Nak biarkan Satria ni menurun sendiri, wa follow belakang ke; atau biarkan dalam keadaan wa masih menarik Satria nih.

Kalau masih menarik satria, kena hati2. Enjin mati, break kaki tak makan. Kena main handbreak. Tali tu pendek. Silap2 berlanggar pulak.

"Wa ingat biarkan cani la. Bwak slow2. Kena main handbreak la."

"Lu bawak satria la Ngah. Tak pandai wa."

Ok lagi beb. Masalah sekali lagi 2 beradik sehidup semati ni, 2-2 naik kete wa. Wa sensorang naik Satria. Terus wa teringat orang tua naik basikal. Adoiii aiii..

Pendek cerita, kitorang pun bergerak slow2. Kete lain memang hampir tiada. Kalau ada pun peduli apa diorang. Sama gak kalau wa pon. Hahaha.

Bawak slow2. Bukit Putus masih panjang. Terasa pulak panjang Bukit Putus ni. Dulu mase wa zaman motor, wa rasa macam pendek jer. Ngeeee...

Tengah2 laluan Bukit Putus, tetiba belt tadi tercabut. Member depan nak berhenti, tapi kan menurun. Kereta satria tu meluncur laju. So, tak payah la berhenti. Dia terus jalan la.

"Jalan...!!! jalan...!! jalan....!" Wa jerit dari belakang. Member wa kat depan teragak2. Belt tu putus sebelah wa. So, kete depan terjurai la tali tu. Kalau dia tak laju, tayar satria ni pulak langgar tali tu. Mau berpusing pulak wa ni kang.

Wa keluar kepala, wa jerit dengan kuat.

"Laju Wan! Laju Wan! Laju Wan!"

Pastu wa dengar adik dia pulak jerit.

"Laju bang! Laju bang!"

Terus mangkuk 2 beradik tu laju sampai hilang beb. Manyak hantu punya ini olang. Tinggal wa ni beb. Akalaa........

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Bila sampai bawah, dah ada lampu jalan, wa nampak diorang berhenti. Wa terus parking tepi. Dia nampak wa, terus keluar kete dan tanya :

"Apsal Ngah?" Kau nampak orang tua basikal tadi ke?"

Aduka Taruna

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
.
.



robotik @ sk jitra 2008

Back to TOP