TOM Cruise mungkin antara pelakon Hollywood yang terkenal dengan sikap pemurah dan sentiasa bersederhana dalam kehidupan seharian. Tetapi apabila tiba masa untuk terbang, Cruise 'memandang rendah' kepada semua yang lain.
Dengan pesawat peribadinya Gulfstream IV (gambar depan), Cruise terbang pada ketinggian 15,000 meter , kira-kira 3,000 meter lebih tinggi daripada paras penerbangan pesawat komersial biasa.
Sepanjang penerbangannya, bintang filem Top Gun itu dilengkapi kemudahan dan kemewahan yang tidak dimiliki oleh mana-mana penumpang walaupun berada di kelas pertama.
Pesawat yang dikawal sendiri oleh beliau itu juga banyak membantu kerja-kerja promosi filem, percutian ke Pasifik Selatan dan ketika menghabiskan masa bersama teman wanitanya.
Gulfstream dan Boeing
Gulfstream merupakan salah satu daripada kapal terbang kegemaran jutawan dunia sejak beberapa dekad lalu. Antara pemiliknya ialah Steve Jobs, Larry Ellison, Mark Cuban dan John Travolta.
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Gulfstream, Robert Baugniet berkata, pesawat itu bukan sahaja mampu membawa penumpang mengelilingi dunia dengan hanya satu persinggahan malah praktikal untuk kegunaan jarak dekat.
"Ketika kebanyakan orang memilih untuk memandu, pemilik Gulfstream memilih untuk terbang," jelasnya.
Di kalangan jutawan-jutawan yang menguasai industri gergasi dunia, Boeing adalah satu lagi jenama pesawat yang popular. Rupert Murdoch, Kirk Kerkorian, Perdana Menteri Australia dan Nigeria adalah antara yang memiliki Boeing Business Jet.
Dengan keluasan permukaan 800 kaki persegi, pesawat sebesar itu menempatkan beberapa bilik yang dilengkapi bilik air, ruang tamu, dewan makan dan lantai menari.
Sandy Angers dari Boeing Business Jet berkata, pembelian sebuah pesawat menyamai falsafah pelaburan hartanah di mana kebanyakan pemilik bermula dengan pesawat kecil sebelum naik taraf.
Bagaimanapun katanya, di antara 90 pelanggan peribadi yang berdaftar dengan syarikat itu, sentiasa ada golongan super kaya yang mahukan sesuatu secara berlebihan.
"Pesawat 787 Dreamliner dan 747-8 biasanya diserahkan tanpa binaan dalaman kerana pemilik mahu melakukannya mengikut selera sendiri," tambah Angers.
Hiasan dalaman sebuah pesawat misalnya tidak boleh menyamai hiasan dalaman di mana-mana pesawat atau tempat.
"Biasanya kami lakukan dengan cara istimewa dan harga yang dibayar kadang-kala mencecah suku daripada harga pesawat,"ujar Jerry Fain dari Fain Models, firma reka bentuk hiasan berkualiti tinggi.
Namun Gulfstream dan Boeing bukanlah semata-mata pilihan popular. Oprah Winfrey misalnya terbang hampir menyamai kelajuan bunyi dengan pesawatnya, Bombardier Global Express XRS. Begitu juga dengan Celine Dion dan pengasas rangkaian sarkas Cirque du Soleil, Guy Lalibertรฉ.
Bagaimanapun, kos penyelenggaraan yang tinggi memaksa sesetengah artis memilih konsep perkongsian syarikat seperti yang dilakukan oleh Jerry Seinfeld, Nicole Kidman, Tom Hanks dan Julia Roberts dengan penubuhan NetJets.
Mari kita lihat bintang-bintang paling bersinar Hollywood yang lain dengan 'alat permainan' masing-masing.
SELAIN pemilikan secara individu oleh bintang-bintang paling bersinar di Hollywood, beberapa kumpulan muzik juga membuktikan kegemilangan dengan cara yang sama.
Dalam industri muzik, Iron Maiden membuktikan diri mereka dan irama rock sebagai muzik paling berpengaruh di dunia.
Vokalisnya, Bruce Dickinson adalah juru terbang pesawat diberi nama 'Ed Force One'itu.
Pengalaman dalam bidang penerbangan juga melayakkan Dickinson mengacara rancangan Discovery Channel bertajuk Heavy Metal yang berkisar mengenai kapal terbang.
JURUTERBANG syarikat penerbangan Qantas ini memiliki Boeing 707-138 melalui promosi istimewa yang ditawarkan Qantas sebagai penghargaan dan kuasa membeli yang dimilikinya.
Pada Piala Dunia 2006, hero filem Broken Arrow itu pernah menggunakan pesawat itu untuk menerbangkan pasukan Australia ke Jerman.
Halaman rumahnya di Ocala, Florida (gambar) adalah lapangan terbang sendiri yang turut menempatkan sebuah pesawat Gulfstream yang memberikan beliau lebih kemudahan bergerak.
Travolta pernah menggunakan Gulfstream miliknya ke penempatan mangsa Katrina untuk mengagihkan lima tan makanan yang mampu dimuatkan di dalam perut pesawat tersebut.
PERNAH memegang status wanita paling berpengaruh di dunia, pengacara rancangan bual bicara terkemuka itu menyertai kelab bersama Steven Spielberg dan Bill Gates sebagai pemilik jet Bombardier Global Express XRS.
Pembelian melalui syarikat produksinya Harpo, pesawat buatan Kanada itu dilengkapi hiasan dalaman kulit dengan satu tempat khas untuk Oprah dan sembilan lagi tempat duduk.
0 comments:
Post a Comment