TEKAN PLAY UNTUK MENDENGAR RADIO SINAR.FM

Info Guru Bertugas Mingguan Tahun 2011

 
Sila pilih minggu :
Tarikh Bertugas :
Guru Bertugas 1 :
Guru Bertugas 2 :
GuruBertugas 3:
Tema Mingguan :
   

13 September 2009

Takziah Kepada Keluarga Faza Danial Dari Warga SK Jitra

Murid SK Jitra Kehilangan Bapa, Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)


Isteri Allahyarham Mejar Mohd. Roszaini Mohd. Mustapa, Faizahwati Mohd. Noor, bersama dua anaknya, Faza Dayana Erina dan Faza Daniel di Kuala Krai, semalam. – Utusan Rosni Masri

KUALA KRAI 12 Sept. – Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Mohd. Roszaini Mohd. Mustapa, 37, mengimpikan sambutan hari raya yang meriah di kampung kelahirannya tahun ini dengan kehadiran ramai saudara-mara.

Allahyarham yang terkorban dalam nahas pesawat Pilatus PC-7 di Langkawi semalam, sempat mengirimkan RM300 kepada ibunya, Che Azizon Che Mamat, 68, untuk membuat persiapan, dua hari sebelum nahas.

Malah, kata ibunya, anak keenamnya itu telah menelefonnya dan memberitahu akan mengirim wang lebih untuk dibelanjakan selain untuk pakaian rayanya.

“Dia memang selalu kirim duit cuma bulan ini lebih sikit termasuk untuk membeli kain bagi saya jahit baju Melayu untuknya.

“Kain itu telah siap dipotong, cuma tunggu ukuran lehernya sahaja,” ujar Che Azizon ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bunut, Kuala Krai di sini hari ini.

Roszaini terkorban bersama seorang rakan sejawat, Mejar Mohd. Zulkefli Hassan, 37, ketika hendak mendaratkan pesawat tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan TUDM Kepala Batas dan terhempas kira-kira 90 meter dari landasan di lapangan terbang tersebut sebelum terbakar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Faizahwati Mohd. Noor, 31, dan tiga anak, Faza Daniel, 11, Faza Dayana Erina, 9, dan Faza Darimi, 3.

Che Azizon berkata, dia sangat terkilan dengan pemergian Allahyarham kerana tahun ini mereka akan menyambut Aidilfitri bersama-sama setelah tahun lalu menyambut di rumah mertua di Bentong Pahang.

“Tahun lalu dia beraya di rumah isterinya tetapi tahun ini tiba giliran menyambut Aidilfitri di sini.

Che Azizon memberitahu, ketika berbual melalui telefon baru-baru ini, dia ada memesan arwah agar tidak terlalu memaksa dirinya semata-mata kerana komitmen terhadap kerja.

“Katanya akhir-akhir ini, dia selalu terbang ke Sarawak, Sabah dan Indonesia sebab nak selesaikan tugas secepat mungkin,” tambahnya.

Sementara itu, Faizahwati yang masih dalam keadaan terkejut ketika ditemui turut menyatakan kesedihannya terhadap pemergian suami tercinta.

Walaupun dalam emosi yang tidak stabil dia menyatakan, tahun ini arwah merancang mereka sekeluarga memakai baju raya berwarna putih.

“Arwah tidak pernah memilih warna putih cuma kali ini sahaja dan saya tidak menyangka ia adalah tanda beliau akan pergi selamanya,” ujarnya yang hanya mengetahui mengenai nahas tersebut pada pukul 1.30 petang semalam selepas didatangi pegawai TUDM di rumahnya.

Jenazah Allahyarham tiba di rumah keluarganya di sini dari Kedah dengan diiringi isteri dan anak-anaknya pada pukul 10 pagi.

Sembahyang jenazah diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pek di sini pada pukul 11 pagi.

Turut hadir pada upacara pengkebumian tersebut ialah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara TUDM, Brigedier Jeneral Datuk Che Akmar Mohd. Nor.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
.
.



robotik @ sk jitra 2008

Back to TOP