Banyak jugak yang cikgu pelatih IPDA ni tolong cikgu. Antaranya tolong menghabiskan masa cikgu untuk memantau dan mencari kesalahan mereka mengajar. Walaupun bukan jenis cikgu mencari kesalahan orang tapi cikgu dipaksa oleh cikgu dua orang nie untuk mencari jugak kesalahan depa nih.. Hasilnya puak dua orang nie dapat la markah yang cukup-cukup makan atas kesalahan yang cikgu pantau itu.. Puaih hati.. Hehehe...
Dalam pada dok menghabiskan masa 'melayan' bebudak praktikum ni.. mai pulak dah budak Ikhsan dengan Luqman dengan idea yang tak pernah terlintas di kepala semua makhluk kat Sk Jitra ini iaitu idea menghapuskan kesan-kesan sejarah yang terpalit di kedua bahagian dinding bengkel KH.. Setelah puas bebudak berdua ni memaksa dan menyiksa cikgu macam tahanan guantanamo, akhirnya cikgu terpaksa jugak mengalah dengan membiarkan mereka berdua ni menyapu sejarah lama bengkel KH dengan sejarah baru.. Hasilnya kedua-dua dinding bengkel ditukar dari warna asal kepada dua warna yang amat 'menyakitkan' mata cikgu Shuhaimi Nizam.. Sejarah yang tercatat hampir sedekad tu akhirnya terhapus dalam masa dua kali Jumaat saja.. Kejam sungguh depa dua orang ni.. Semoga Tuhan membalas perbuatan mereka.. Amin... Dengan hati yang 'lega' akhirnya sampai juga ketentuan untuk cikgu-cikgu praktikum IPDA nie untuk kembali semula menyambung sisa-sisa perjuangan di IPDA.. Semuga mereka akan dipostingkan ke pendalaman Sabah.. Hehehe..
Catatan Membelah Awan 2.0
-
*Mungkin saja ceriteranya sudah berlalu…*
Episod sebelumnya...
Catatan Membelah Awan
*14 Syaaban 1439H*
*30 April 2018*
*30,000 kaki*
*Laut Cina Selata...
7 years ago
0 comments:
Post a Comment