Benarkah Manusia Pernah Sampai Ke Bulan?
Bulan, merupakan satu-satunya satelit semulajadi bagi planet Bumi. Ia merupakan satelit semulajadi yang kelima terbesar di dalam sistem solar kita.
Jarak diantara pusat Bumi dan pusat Bulan ialah sejauh 384,403 km (lebih kurang 30 kali diameter Bumi). Diameter Bulan ialah 3,474 km. Jisim Bulan dianggarkan bersamaan 2% jisim Bumi, manakala tarikan graviti di permukaan Bulan bersamaan dengan 17% daya tarikan graviti di permukaan Bumi. Bulan melengkapkan orbitnya mengelilingi Bumi selama 27.3 hari (orbital period), manakala fasa lunar pula berulang pada setiap 29.5 hari (syonadic period).Bulan menjauhi bumi sebanyak 3.8 cm setiap tahun. Maka semakin hari semakin jauh bulan dan satu hari nanti bumi akan kehilangan bulan apabila tarikan graviti bumi tidak mampu lagi menahan bulan. Bila bulan tiada, pusingan bumi mungkin berubah yang menyebabkan matahari terbit dari sebelah barat. Ini memberitahu kita bahawa salah satu tanda-tanda kiamat berlaku. Ketiadaan bulan boleh berlaku dengan dua perkara, iaitu tarikan graviti bumi hilang kesan ke atas bulan atau pun bulan dilanggar objek lain yang menyebabkan bulan meletup atau bulan tersasar dari laluannya dan keluar dari tarikan graviti bumi. Saintis nasa dan seangkatannya bingung dengan objek yang mampu melanggar bumi dan bersedia dengan bermacam cara untuk mengelak perkara ini terjadi. Setahu saya tiada perancangan apa-apa untuk mengelak bulan dari dilanggar oleh objek angkasa.
Tahukah anda, bahawa objek angkasa buatan manusia pertama yang berjaya menghampiri Bulan adalah Luna 1, manakala objek angkasa buatan manusia pertama yang berjaya mendarat di permukaan Bulan adalah Luna 2, milik agensi angkasa lepas Soviet Union (Rusia sekarang). Kedua-duanya adalah robot peneroka angkasa. Gambar bahagian belakang Bulan pula pertama kali diambil oleh Luna 3. Kesemua peristiwa ini berlaku pada tahun 1959.
Tahukah anda lagi, bahawa kapal angkasa pertama yang membuat pendaratan di Bulan adalah Luna 9, diikuti oleh kapal angkasa Surveyor 1. Manakala kapal angkasa Luna 10 mencipta nama sebagai kapal angkasa pertama berjaya mengorbit Bulan sepenuhnya. Kesemua misi ini dilakukan dalam tahun 1966, tapi tidak disertai angkasawan.
Pada tahun 1969, dunia digemparkan dengan kejayaan pendaratan oleh manusia pertama, Neil Amstrong melalui kapal angkasa Apollo 11. Dalam jarak masa 9 tahun (1963-1972) Amerika telah berjaya melakukan 6 misi pendaratan di permukaan Bulan.Namun, selepas Neil Amstrong dikatakan berjaya menjadi manusia pertama menjejakkan kakinya ke Bulan, tiada lagi manusia lain dihantar untuk tujuan yang sama, sedangkan makin banyak misi-misi ke Bulan dilancarkan. Kenapa? Ada yang mengatakan ia hanya propaganda Amerika, untuk mengalahkan Soviet Union dari segi psikologi pada masa itu, memandangkan Soviet Union jauh mengatasi Amerika dalam misi jelajah angkasa.
Ramai juga saintis-saintis angkasa sehingga kini mempertikaikan yang manusia pernah sampai ke Bulan. Ini kerana, kapal angkasa zaman itu tidaklah secanggih yang ada sekarang ini (dikatakan sistem elektronik Appolo 11 setaraf sistem elektronik yang digunakan calculator casio zaman ini sahaja).
Lagi pula, di ruang angkasa antara Bumi dan Bulan, terdapat satu garisan yang dikenali sebagai Jalur Van Allan . Lapisan Van Allen ini dihasilkan oleh medan magnet bumi. Ia berfungsi untuk melindungi planet Bumi (dan semua benda hidup di dalamnya) daripada radiasi merbahaya yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan jutaan bintang-bintang lainya yang boleh membawa maut. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan Solar (solar flares) yang kerap terjadi di permukaan matahari telah lama memusnahkan Bumi.
Jadi, apakah mungkin Neil Amstrong dan pasukannya pada tahun 1969 berjaya melintasi Jalur Van Allan, tanpa sebarang masalah untuk mendarat di Bulan?
Catatan Membelah Awan 2.0
-
*Mungkin saja ceriteranya sudah berlalu…*
Episod sebelumnya...
Catatan Membelah Awan
*14 Syaaban 1439H*
*30 April 2018*
*30,000 kaki*
*Laut Cina Selata...
7 years ago
0 comments:
Post a Comment