TEKAN PLAY UNTUK MENDENGAR RADIO SINAR.FM

Info Guru Bertugas Mingguan Tahun 2011

 
Sila pilih minggu :
Tarikh Bertugas :
Guru Bertugas 1 :
Guru Bertugas 2 :
GuruBertugas 3:
Tema Mingguan :
   

02 August 2009

Kanak-kanak 11 tahun mangsa keenam H1N1

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan kematian keenam akibat jangkitan Influenza A (H1N1) apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan disahkan meninggal dunia pagi ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu pada Rabu lalu dengan simptom demam selama sehari.

“Tiada simptom batuk dan tanda-tanda gangguan pernafasan lain. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 30 Julai (Khamis),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan menghidap jangkitan virus H1N1 pada pukul 11 pagi semalam.

“Akibat komplikasi jangkitan, pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi, 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

1 comments:

Ross Safina Hor August 21, 2009 at 4:46 PM  

Bacaan Al Fatihah kepada mangsa-mangsa H1N1...Ameen.

Salam semua…

Saya mempunyai penawar untuk mencegah H1N1. Di Penang telah banyak kes yang sembuh dalam masa 2 @3 hari sahaja selepas meminum Protecur-100 terutama kanak-kanak yang bersekolah. Dengan izin Allah SWT dan PROTECUR-100, kami disini dapat mengawal masalah H1N1 ini. Jika anda bimbang tantang anak-anak anda dijangkiti, hubungi saya untuk tempahan. Hanya RM38 sahaja.

Insyaallah selamat…
Wasalam…

http://www.PROTECUR.com

Related Posts with Thumbnails
.
.



robotik @ sk jitra 2008

Back to TOP